Wednesday 23 October 2013

Jom Baca #35 - Nabil Hakimy


Khusyuk membaca majalah hingga tidak sedar gambarnya diambil.

Lokasi : Kedai buku MPH, AEON Taman Maluri, Cheras
 

Jom Baca #34 - Maya Karin


 Selebriti terkenal, Maya Karin, membaca buku 'Die Entscheidung der Hebamme' 
karya Sabine Ebert di antara waktu penggambaran.

Lokasi : Taman Negara Bako, Sarawak.

  Kredit gambar : Azlin Abas.

Tip Bahasa ~ Baru atau Baharu?


Anda keliru dengan penggunaan perkataan baharu dan baru?

Dari laman web PRPM :

Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, ‘baharu’ bermaksud belum ada sebelumnya atau belum lama wujud.

Padanan bahasa Inggerisnya ialah 'new'.

Perkataan ‘baru’ pula digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb.

Padanan bahasa Inggerisnya ialah 'just'.

Untuk senang mengingatinya, saya suka menggunakan ayat ini:

‘Buku baharu yang baru saya beli’.

Namun, perlu diingat, frasa ‘baru-baru ini’ tidak boleh ditukar menjadi ‘baharu-baharu ini’.

Jom Baca #33 - Nur Aqilah

  
Nur Aqilah bersantai pada petang hari di kawasan perumahannya sambil membaca 
koleksi novel Murni Aqila.

Lokasi : Sungai Petani, Kedah

Gambar kiriman : Juliana Johari

Jom Baca #32 - En. Husni dan Muhammad Hazim




En. Husni Abdul Samad membaca kompilasi majalah Roda-Roda bersama-sama anak beliau, Muhammad Hazim, di rumah mereka di Shah Alam, Selangor.

Di lokasi yang sama, ahli pembaca telah bertukar namun si adik (Muhammad Hamzah) masih nyenyak tidur. Aktiviti membaca si ayah dan abangnya sedikit pun tidak mengganggu Muhammad Hamzah walaupun terdapat perbincangan kecil. Muhammad Hazim pula yang berkongsi kegemaran tentang alam permotoran dengan ayahnya.

Lokasi : Shah Alam, Selangor

Gambar kiriman : Puan Hikmah Kamaruddin 

Jom Baca #31 - Syaroul Fitrie


Syaroul Fitrie (calon SPM tahun 2012), sempat membaca nota SPM ketika keluar 
bersama-sama keluarganya mengunjungi Legoland Malaysia.

Lokasi : Legoland Malaysia, Johor

Gambar kiriman : Natashah Ghazi

Jom Baca #30 - Sara dan Eyad



Sara dan Eyad membaca buku dalam kereta sementara menunggu abangnya pulang dari sekolah.

Lokasi : Queensland, Australia

Gambar kiriman : Puan Rosshida Abu Bakar